
Anda terlepas menyertai program 'Jom Grow' sebelum ini?
Jangan risau. Pendaftaran Cohort ke-2 kini dibuka!
Mahukan bisnes anda berkembang, tapi hanya masih di takuk yang sama?
Sebagai founder, anda ingin menambah baik cara anda menguruskan bisnes, tetapi masih buntu?
Program 'Jom Grow' Business Mentoring ini direka khas untuk anda!
2 Jenis Modul Pembelajaran
1. Business Mentoring
Butiran / The breakdown
Mentoring adalah satu proses jangka panjang
Mentor akan terlibat secara langsung dalam setiap perkara yang mentee lakukan.
Pementoran lebih kepada proses dorongan pembangunan bisnes, bukan sahaja berfokuskan kepada fungsi usahawan masa kini tetapi ianya lebih daripada itu. Mentoring mengambil pendekatan yang lebih holistik terhadap pertumbuhan dan pembangunan perniagaan.
Seorang mentor akan memberi pandangan yang telus terhadap perniagaan anda agar anda memperolehi pengalaman perniagaan yang lebih baik dan berkembang maju.
Mentor bisnes akan sentiasa menyokong, memotivasikan dan membantu anda untuk kekal positif dalam menjalankan perniagaan.
2. Business Coaching
Butiran / The breakdown
Coaching adalah untuk tempoh jangka masa yang singkat.
Coach tidak perlu mempunyai pengalaman secara langsung terhadap jenis industri yang diceburi oleh coachee/mentee.
Coaching lebih kepada proses pemecutan prestasi dan ianya direka bentuk untuk meningkatkan prestasi perniagaan usahawan.
Mereka akan membimbing anda dalam skop bidang perniagaan yang khusus seperti; pemasaran, jualan, media sosial, dan sebagainya.
The Key Thrusts Of The RV Support System
Pembinaan
Jenama
Memahami identiti perniagaan anda dan meletakkan jenama anda dengan kejayaan jangka panjang.
Pengurusan
kewangan
Menggunakan sumber yang ada dengan cekap, menyediakan belanjawan kerja, mengurus kos dan perbelanjaan.
Keberkesanan
Operasi
Membina sistem berlandaskan fungsi eksekutif perniagaan, menyediakan SOP, memastikan operasi teratur dan penghantaran yang lancar kepada pelanggan anda.
Pemasaran yang Holistik
Kempen yang berkonsep, pelancaran produk, mencari dan menyediakan platform meningkatkan kadar capaian dan engagement brand anda.
'Jom Grow' Mentoring Porgram
6 sebab mengapa anda patut sertai program ini!

HAZWAN FAIZ
CALAQISYA
.jpeg)
1. Bimbingan terus dari pakar
Program intensif 3 bulan bersama dengan mentor kumpulan (cohort).
Mentees akan mendapat bimbingan terus daripada resident mentors iaitu Hazwan Faiz (CALAQISYA) dari Malaysia & Ustaz Mizi Wahid (SAFINAH INSTITUTE) dari Singapura.
USTAZ MIZI WAHID
SAFINAH INSTITUTE


2. Sistem pembelajaran secara Hybrid
Perjumpaan akan dilakukan setiap minggu secara atas talian, dengan hanya satu pertemuan fizikal yang diwajibkan setiap bulan. Setiap sesi akan berlangsung selama 3 jam (minimum). Perjumpaan fizikal yang lain bergantung kepada mentor masing-masing.


3. Hari Perantis CEO /
CEO Apprentice Day
Berpeluang bersama dengan CEO syarikat yang sama industri dengan anda selama satu (1) hari. Anda akan didedahkan dengan cara kerja CEO dari segi pengurusan syarikat, staff dan pelanggan.


4. Perkongsian dari pakar-pakar industri
Akses kepada lebih dari 40 coach bisnes dalam pelbagai vertikal, seperti logistik, e-commerce, lifestyle, lifestyle Muslim, pendidikan, fintech, fesyen dan banyak lagi.


5. Peluang menerima Geran Perniagaan
Syarikat yang mengikuti program akan mempunyai peluang untuk menerima Geran Perniagaan Min Qalby bernilai sehingga RM100,000 (US$20,000).


6. Peluang menerima pelaburan
Peluang untuk menerima pelaburan langsung dari Ra’e Ventures sendiri tanpa mengira samada syarikat penerima Geran Bisnes dari Min Qalby atau tidak.
Apa yang anda akan lalui dalam Program ‘Jom Grow’ ?
Direct Coaching
Sesi wajib bersama mentor setiap minggu (minima 2 jam seminggu).
Modul yang Interaktif
Modul yang lebih komprehensif dan padat untuk program ini. Segala berkaitan program termasuklah tugasan, perbincangan dan maklumat akan dilaksanakan melalui platform Google Classroom. Setiap peserta perlu memuat turun dan membiasakan diri dengan platform ini dan akan diuruskan oleh seorang pentadbir program.
Kemahiran Teras sebagai Usahawan
Sekurang-kurangnya 5 sesi coaching yang dilaksanakan oleh pakar-pakar dalam industri, seperti pemasaran digital, pengurusan aliran tunai, bagaimana merangka pitch deck, keperluan teknologi, pembikinan content, pungurusan sumber manusia, penjenamaan dan sebagainya.
Mentor akan memberi nasihat dalam perkara-perkara khusus yang diperlukan oleh mentee dan kami akan mendapatkan coach yang relevan dengan keperluan bisnes anda.
Tugasan & Dokumentasi
Menyediakan dokumen yang diperlukan bagi setiap modul yang ditawarkan. Begitu juga dengan mana-mana tugasan yang telah diberikan oleh mentor dan coach.
Business Pitch untuk menawan pelabur berpotensi
Pada akhir 3 bulan program, setiap syarikat perlu menyediakan dan membentang business pitch kepada Jawatankuasa Pelaburan Ra’e Venture.
Ini adalah sebagai salah satu bentuk persiapan untuk founders bagi membentang pitch kepada pelabur-pelabur sedia ada di pasaran.
Senarai Resident Mentor dan Coach
Mentor Anda

HAZWAN FAIZ
CALAQISYA, MALAYSIA
Hazwan Faiz merupakan seorang usahawan berjaya yang mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam dunia bisnes terutamanya dalam industri fesyen. Disebabkan sifat beliau yang sangat sempoi dan terbuka dalam melayani para pengikutnya di media sosial, membuatkan ramai usahawan di luar sana berasa selesa untuk menimba ilmu tentang bisnes daripada beliau.
Walaupun tugas hakiki beliau sebagai Pengarah Pemasaran di Cala Qisya Sdn Bhd sangat sibuk, namun minat dan semangat untuk membantu usahawan diluar sana turut tidak diabaikan. Beliau berkongsi nasihat, tips dan strategi perniagaan melalui akaun media sosial Calabusiness yang ditubuhkannya.
Beliau percaya, walaupun setiap perniagaan itu mempunyai destinasi yang berbeza, namun untuk sampai ke destinasi tersebut bukan satu perkara yang mudah. Disebabkan oleh itu, Hazwan Faiz terdetik untuk sama-sama membantu para usahawan untuk mengharungi rintangan dan cabaran yang bakal berlaku dalam dunia bisnes ini agar bisnes yang mereka usahakan dapat memberi manfaat kepada mereka dan juga komuniti.

MIZI WAHID
SAFINAH INSTITUTE, SINGAPORE
Ustaz Mizi Wahid mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan selama 15 tahun, dengan usaha niaga dan juga partnership yang kebanyakannya telah berkhidmat kepada pelanggan di peringkat serantau dalam pasaran ASEAN.
Selain itu, beliau juga telah melatih lebih daripada 20 perniaga kecil (SME), dengan memperkasakan ilmu mereka dalam bidang penjenamaan, tumpuan strategik dan pemasaran. Beliau sentiasa mencari pemimpin yang berdaya saing dan berwawasan yang kreatif dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara yang mereka ceburi terutamanya dalam dunia bisnes.
Beliau percaya, jika mahukan membentuk sebuah syarikat yang berpotensi tinggi. Ianya perlu sentiasa didorong oleh pengasas yang sangat fokus dan berdedikasi dalam bidang yang mereka ceburi.
Coaches

AHMAD AIZUDIN
Sentuh App

HISHAM TALIB
Ra'e Ventures

REZA RAZALI
SilentMode

MAZLITA
RECQA

AIN NADYA YUSOF
Adania&Co / QalbyApp

HANIF WAHID
Delyva

AZERIL ZOLLE
Socialnut Media
Services

AHMAD AZLAN
MEDKAD

MIZZ NINA
QalbyApp / Dopstv

KHAIRIL EFFENDY
Nexagate

SHAM NASH
Motiofixo

FARID NOR
SimpanKira
Dijayakan bersama


Success Story
‘Jom Grow’ Mentees

Pemenang Geran Perniagaan Min Qalby Foundation.
Chirpy telah berjaya mengembangkan bisnes mereka dengan membuka kedai retail mereka yang pertama selepas Demo Day Jom Grow 1.0.
Kini berjaya mengukuhkan online presence mereka dan mendapat akses kepada pelanggan-pelanggan yang baru melalui jaringan bersama mentor, coaches dan komuniti Ra'e Ventures.
" People in Ra'e; mentor-mentor, the staff, the community, they care about you, care about your product. Program ni exclusive. So lebih banyak interaction kita dengan mentor & lagi banyak ilmu yang kita boleh dapat. "

FW Crustacea
Pemenang Geran Perniagaan Min Qalby Foundation.
Telah berjaya mendapatkan pelaburan bisnes selepas Demo Day Jom Grow 1.0.

Beverly Patisserie
Pemenang Geran Perniagaan Min Qalby Foundation.
Mentee Cohort 1 ‘Jom Grow’ business mentoring program


![[ISUFOM] Azhar Soo 1.jpeg](https://static.wixstatic.com/media/ea62d8_853ae614460849bb98cd75ba16ad2518~mv2.jpeg/v1/crop/x_0,y_72,w_513,h_513/fill/w_233,h_233,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/%5BISUFOM%5D%20Azhar%20Soo%201.jpeg)

Maselka & Maselza
Isman Azimy
Founders of ELKA&ELZA
Founder of Beverly Patisserie
Bro Azhar Soo
Founder of ISUFOM
Muhammad Asyraf & Nurul Izni
Founders of Chirpy



Fairus Munir
Fathiah Jasmari
Abdul Rahim
Founder of FW Crustacea
Founder of Teeya Cakehouse
Founder of Lalada
Siapa yang patut sertai
'Jom Grow 2.0'?
Pengasas syarikat yang sedang menghadapi kesukaran dalam menjalankan bisnes tetapi sudah bersedia untuk berkongsi ilmu dan belajar benda baru dalam bidang perniagaan. Anda adalah seorang usahawan yang komited untuk mengembangkan perniagaan yang dijalankan dan mencari mentor untuk menjadi pembimbing bisnes anda.
Syarat-syarat penyertaan
Syarat-syarat penyertaan program :
-
Pengasas/ pengasas bersama bisnes tersebut
-
Syarikat telah didaftarkan atau beroperasi untuk tempoh kurang dari 3 tahun
-
Pendapatan bisnes tahunan kurang dari RM500,000
-
Mempunyai pasukan /team sekurang-kurangnya 3 orang termasuk pemohon
